Sunday, December 14, 2008
Ulu Bendul
Thursday, December 11, 2008
jom baca!
5 Disember ke Putrajaya bersama hani. Beli buku dan hani terus baca..jom layannnnnnn...
Friday, November 28, 2008
Hani's Graduation Day
Hari graduation day Hani pada 1 Nov tapi ni baru teringat nak upload gambar kat blog hani ni. hani dapat piala sebab tamat bacaan Cahayaku. Kiranya adalah jugak hadiah yang dia dapat. takdelah melopong ajer. Cuma 13 orang dari 50 orang yang tamat cahayaku ni. Alhamdulillah walauapun hani masuk sek bulan April dia dapat kejar dan dapat menyaingi kawan lain yang masuk lebih awal. Anak Ammie memang cerdik.
Dapat gambar percuma bagi sesiapa yang dapat mana-mana hadiah...ini pun nak balik bari ammie sedar.
Nampak tak kecik jer hani yang bawah belon tu, masa ni hani buat persembahan dikir barat
Ni pun dikir barat, masa dia berdiri...kelakar lah hani ni asyik leka tengok orang jer...
Ni sebelum buat persembahan percussion, semua kena pakai baju putih dan seluar jean, comel pulak bila dah seragam pakai macamni...
Gambar Hani sorang dah siap pakai reben dan tudung, cikgu yang ikatkan....
Lagak hani sebelum dikir barat...sebenarnya dia dah malas nak naik pentas sebab dia asyik teringat nak susu botol, hani manalah minum air kotak ker, yang dia minum mineral water dengan susu botol...susah kalau jalan terlupa bawak mineral, hari ni mujur hotel sediakan mineral water..tapi dia asyik teringat botol gak...
Tahun depan sekolah nak buiat graduation day di Tiara Beach Resort, Port Dickson, harap ayah dapat joint sekali, tahun ni lepas dapat piala, dia bebel kat ammie kata, "ayah tak tahu pun kakak dapat hadiah,kan?" tiba2 rasa sayunya...kan ayah dah sebulan tak balik masa ni?
Mari bersolat
Assalamualaikum w.b.t
Hani seorang yang rajin bersolat dan tau apa balasan kalau tak bersolat tapi kalau ammie tak suruh jangan haraplah. Kalau tanya kenapa tak solat, senang jer dia jawab, kakak kecik lagi, nanti 6 tahun kakak solatlah...ok takper 6 tahun nanti tak solat siap yer!
Sunday, November 09, 2008
Susu hani
Kalau kanak-kanak lain suka vitagen, yogurt, roti, biskut2 cream, untuk hani tak jalan, sekeping dua bolehlah....coklat pun sama, tak ingin dia! Gula2 pun dia tak makan!
Susah jugak nak layankan makan hani ni....
Bye~bye~jumpa lagi...
Wednesday, October 29, 2008
Hani demam
Assalamulaikum w.b.t
Hari ni dah sembilan hari dah hani demam. Ntah kenapa demamnya berpanjangan. Semalam saya bawa dia ke Klinik Kesihatan, mana tau kena sesuatu yang kita tak sangka kan. Sebab semalam masa ambil Hani, cikgu dia cakap jiran selang sebuah rmah dari rumah saya kena denggi. Cikgu tau sebba anak jiran tu pun sekolah sama dengan Hani.
Saya rindu saat dia sihat dan ceria
So, jam 2 saya terus ke klnik yang memang on the wang nak ke rumah. Punyalah lama tunggu, dai jam 2 sampialh jam 4 barulah selesai semuanya siap ambil ubatnya. Hani kena ambil darah semalam. Punyalah dia meraung cakap sakit, ami tipu...sebab saya cakap dengan dia sakit macam kena gigit nyamuk dan semut jer. Rupanya bukanlah sakit sangat masa ambil darah tu tapi sakit sebab dia ikat atas tempat yang nak ambil darah tu...masa dah baik baru dia ckap macam tu dengan saya....
Hani sangat teruja dapat makan cake SR
Malam tadi panasnya naik alik, ubat demama (paracetamol) yang klinik bagi tu pnyalah pahit, saya pun bila rasa saya tak boleh nak telan, inikan pulak budak...lagilah....doktor cakap takde apa2 virus cuma demam biasa jer....tapi yang pelik sampai 9 hari demamnya tak pulih2....
Rindu ayah agaknya....
Bye~bye~jumpa lagi...
Sunday, August 31, 2008
Rambut panjang bergulung2 dah sebijik dah mak tirinya..bergulung2 rambutnya kalau dibiar mengurai...
Kalau diikat sanggul pun, aderjer berjurai...
close-up sikit...dah macam heroin tamil pun ada jugak....apapun asalnya perangai elok sudahlah....
Wednesday, August 20, 2008
Anak2 Sidek
Sunday, August 17, 2008
Hani naik bas
Dalam bas...siap suh ammie bukak tingkap luas-luas...
Turun bas..kami naik teksi pulak...perjalanan tak sampai 5 minit RM5.00...
Ni perjalanan kami ke wisma negeri hadir hari Taska 2008 anjuran persatuan pengasuh Berdaftar...ada jugak pertandingan melukis dan menyanyi lag merdeka...tu yang hani demam2 pun teringin juga nak pergi..ammie layanlan ajer...
Bye~bye~jumpa lagi...
Friday, August 08, 2008
Siapa serupa?
Ramai kata rupa hani serupa ayah...sebijik katanya! Kalau saya bawa Hani jalan yang mana minat tu ada jugak tanya..."ni anak awak/u ker?" sebab muka saya berbeza dengan hani....so saya takde peliklar...
Mana orang yang kenal saya dan tak kenal suami juga tanya, kenapa anak saya tak serupa saya [ada yg kata iras-iras saya pun takde, ada yang kata, pada mata tu ada iras2 saya, so saya siap keluarkan dari beg duit lagi tu gambar muka ayah] dan mereka pun kata..."lahh sebijik rupa ayah dia...'
Tang hidung tu memang ikut ayah kan? Mata ikut saya lah tuuu....
Sunday, August 03, 2008
dua dunia berbeza...
Wednesday, July 30, 2008
Breakfast
Bye~bye~jumpa lagi...
Rutin saya pagi-pagi utk hani
Towel utk mandi sebelah petang lepas bangun tido...
Saturday, July 26, 2008
Friday, July 25, 2008
Hani yang merajuk
Friday, July 18, 2008
Membaca & english
Bila tulisan tu semua hitam tu yang jadik perkataaan s-a-n-g-a-t jadi san-gat, kalau tulisan tu hitam selang merah dan bezakan tulis sa-ngat, baru dia boleh baca.
Dah tu yang geram tu dia membaca kita tak boleh tengok, kalau tengok terus tak jadik baca, marahlah kononnya.
Dia kalau baca mesti kuat2, so kita boleh tau dah salah atau betul, selalunya yang salah tu bila melibatkan -ng- atau ada 3 huruf [tak salah tapi bunyinya pelik macam semu-a- ] a yang hujung tu dia sebut asing trak sekali dengan semua.
Tapi sifat membaca dia sekarang tahap paling tinggi, semua yang tertulis kat mana2 sekarang dia nak baca, baik kat TV, surat khabar, kat Cd dia semua dia bantai baca.
Ok, Hani skang minat sangat nak belajar dan baca dan cakap dalam bahasa inggeris. Silap saya sebelum ni saya jarang sangat guna bahasa inggeris kat dia. aya pun bukan rajin sangat bercakap dengan dia, selalu dia yang banyak cakap, saya jawab soalan 2 dia jer. Nak gtido jer selalu saya borak2 tu pun pasal perasaan [sayang sapa, buat apa kat sekolah]
Bagus juga sekolah Murni ni hari ada subjek inggeris, tapi sekarang kalau saya nak ajar dia, saya plak tak tau nak mula macamana bila saya cakap inggeris
dia kata dia tak faham, so saya pun tak tau apa kaedah nak ajar bahasa inggeris nii...terfikir juga nak hantar kelas inggeris.
Kamus bergambar saya dah beli dah, buku cerita inggeris pun dah ada. Tapi masalahnya bila Hnai baca buku bahasa inggeris tu bunyinya kelakar sangat sebab dia eja cara bahasa malaysia. Bila saya ajar satu2 dia marah saya dia kata salah, kenapa baca macam tu lah..macam2lah. Kalau cerita inggeris tu pulak jenuh saya nak kena terangkan kat dia, kejpa2 dia tanya kakak tak faham, apa dia cakap ammie?
Tulah, cadangnya nak kena beli kaedah membaca bahasa inggeris untuk kanak2 pulak. Susah gak ni tak tau kaedah mengajar ni...
Thursday, July 17, 2008
Nak potong atau tidak?
Susah nak panjang kalau dah potong pendek
Monday, July 07, 2008
kali pertama
Saya suka sangat.
Sampai saya lupa bawak fail gi sekolah.
Sampai saya lupa salam makwe sebelum naik van
Bila van sampai jer, terus saya naik
Sampai sekolah..ehe eh saya tak bawak fail lah...
esok saya akan naik van lagi...
Bye~bye~jumpa lagi...
Tuesday, June 10, 2008
Halal?
So, Hani memang kenal sangat logo halal tu.
Dari tau cakap dan pandai menyertai aktiviti membeli belah dia akan belek satu2 barang tu samaada ada halal atau tidak.
Malahan dia cukup kecoh kalau logo halal tu lain dari logo halal JAKIM.
Kalau makanan penting lah khidmat nasihat dan pemeriksaan anak gadis ni samaada halal yang diiktiraf.
Tapi kalau semua barang dia 'tapis' dulu sebelum beli..naik lemas pulak kiter...
dah tu dia sound kuat2 pulak...satu kedai boleh dengar..ammie..ni takleh beli tau, takde halal ni.
Macamlah saya ni obses sangat pasal halal ni..memanglah kena obses tapi macam berlebih2 pulak...
Dulu, air mineral kecoh dia kat kedai tak bagi beli sebab takde halal, kenalah carik yg ada logo halal.
Sekarang ni, bedak pun dia nak beli yang ada halal...
Strepsils saya beli sakit tekak hari tu sebiji jer saya makan, dia tak benarkan saya makan, takde halal kata dia...pastu ugut lagi tu kalau saya makan, "ammie makanlah takde halal tu, nanti ammie berdosa, ammie masuk api neraka!"
Makanan kanak2 pun kalau takde halal, macamana ghairahnya dia nak beli masa mula nampak tu, tapi bila tengok takde halal atau halal main letak suka2 jer asalkan ada huruf "ha", "lam" dan "lam" terus dia letak balik...
Kira kalau nak masuk mana2 kedai makan tu [cnth: secret recepi, pizza hut, McD] kalau ada halal tu seronoknya dia...diap pergi kat logo tu raba2 lagi...pastu cakap "mie..tengoklah ada halal..."
Tulah dia anak ammie ni, syukur jugak, makin hari makin dia jadik penasihat ammie..dah besar dah rupanya...
Bye~bye~jumpa lagi...
bertanya lagi dan lagi
Rasanya semua kanak2 seusia dia akan bertanya.
Tapi masalahnya benda yang dia tanya tu bukan benda yang kita boleh terangkan secara terus.
Selalu perkataan yang ditanya tu kena pulak saya fikir 2/3 kali nak jawab.
Sebab ada pertanyaan dia yang saya tersu jawab tapi banyak pulak soalan susulannya.
Ok..banyak perkataan dia tanya saya...ni yang saya ingat jer...
Scene 1
"Eh...awat camni, biar betul!" < -- ini ayat ammie ~'biar betul' <--saya selalu cakap dengan diri sendiri bila saya dengar atau baca apa2 berita/cerita yg buat saya terkejut atau terperanjat. Contoh soalan dia..."ammie, biar tu apa makna dia...napa ammie cakap macam tu...
Lepas tu dia kaitkan dengan situasi saya keluarkan ayat tu pulak...
kenapa ammie nampak tu ammie kena cakap biar betul?
Scene 2
saya berborak dengan dia
"alah kak, nanti dia pulanglah semula mainan kakak tu " <-- contoh ayat saya dengan dia Soalan dia ; "ammie, semula tu apa maksud dia"
Tu tak termasuk lagi perkataan yang keluar kat tv dalam berita tu.
Kalau benda tu objek atau benda saya senang nak cerita tapi kalau benda tu hanya perkataan yang menyokong atau penegasan pada ayat jenuh saya nak terangkan..dah tu tak faham pulak tu...
"beliau mendakwa...bla bla..." <-- ammie mendakwa tu apa maksud dia.... baru kejap ni, dia tanya saya.... "ammie, jujur tu macamana, jujur tu kalau orang tu cakap tak betul, tipu eh?"
"tak, jujur tu kalau orang tu cakap betul, tak tipu dia cakap yang sebenar jer, tu lah orang yang jujur"
"ammie tipu ni, jujur tu kan orang yang cakap tak betul..dia tipu.."
Larrr..mana plak dapat ajaran sesat ni....
sebab soalan dia tulah saya dapat idea tulis entry ni. Banyak soalan2 dia pada saya sebelum ni... tapi tulah tak ingat pulak dah!
..selalu kalau saya berborak dengan ayah, masa tulah dia sibuk tanya perkataan2 yang saya atau ayah guna tu..tak kiralah asal dia tak faham jer dia tanyalah..kadang saya tak boleh nak jawab, ayah ada ayah tolong jelaskan jugak [selalu saya tak puas hati jawapan ayah tu]
Selalu dalam keretalah soalan2 dia tuh! sebab kalau kat rumah dia buat aktiviti dia sendiri, tak hirau kan mak bapak dia borak, kalau dalam kereta sebab dia berdiri kat tengah seat kami tu memang dia faham dan menyampuk perbualan kami.
Satu lagi...kalau tengok drama, berita atau apa...sure dia tanya saya kenapa orang macam tu, orang ni macamni....kritis jugak pemikiran dia ni. Saya rasa menurun dari saya tapi bila kena dengan anak sendiri malas nya nak layan dan jawab...selalu ayah 'marah' saya bila saya nak senang citer saya jawab.."ntah, ammie pun tak tau"...letih tau....
Bye~bye~jumpa lagi...
Saturday, June 07, 2008
Ni Hani tulis lagi...apa2 ntah
KAKAK SUKA JALAN
HANI
Bye~bye~jumpa lagi...
kUnGfU pAnDa
Saya ajak ammie gi tengok wayang. Ammie tu kata jere nak pergi tapi tak ada pun pergi.
Ammie kata ayah tak bagi pergi tengok wayang.
Ayah suruh beli cd jer...
Saya nak pergi tengok wayang...
Tapi ayah tak bagi...
Tapi...nanti ammie kata ammie tanya ayah lagi...
Bye~bye~jumpa lagi...
saya nak sayang ami
kakak suka cium ami
kakak saayaaaaaaaaaaaang sangat ami
Bye~bye~jumpa lagi...
Ps: Yang kat atas ni, ammie tunjuk kat hani ammie hadiahkan blog utk hani, pastu hani tanya blog tu apa, ammie kata, blog tu kakak boleh letak gambar, tulis apa2 jer yang kakak nak! pastu ammie tanya kakak nak tulis apa?
so, yang kat atas ni ialah apa yg kakak nak tulis...ammie tulis atas kertas pastu kakak taip sendiri. Gigihnya anak ammie. Lama tau kakak taip ni...asyik salah jer...very the gigih anak ammie. siap tido lambat lagi tu...kat profile tu pulak baru taip a to g dah sakit perut nak 'yak yak' pulak!
sAyA tUmPaNg SuKa UtK aMmIe
mulai 25 jun ni ammie akan jadik pelajar semula.
nanti ammie ada cuti banyak.
bolehlah ammie duduk dengan saya.
tapi nanti camana eh ammie?
kakak nak duduk dengan sapa kalau ammie gi sekolah?
duduk dengan ummie ker?
Bye~bye~jumpa lagi...
Friday, June 06, 2008
perbualan anak gadis...
senario : dalam kereta
watak : saya$ dan ammie#
$ : ammie, tu kampung ker? [merujuk pada kampung baru paroi tepi jalan seremban-kuala pilah, ada yg sudah roboh sebab buat lebuhraya Kajang-Seremban]
# : ha'ah [ammie sakit tekak~takde suara]
$ : kenapa kakak nampak kampung tu macam nak musnah jer?
# : buat jalan
$ : ammie, kalau kampung rumah dia macam tu ker?
# : ha'ah
$ : ammie, kenapa dia nak buat jalan kat kampung tu?
# : [diam..tak layan...mau seribu satu soalan lagi ni...harus saya terperangkap dahlah sakit tekak...]
Cerita 2
senario : dalam secret resepi
watak : sama
# : ammie, bestkan kalau ada anak banyak...
$ : angguk [tekak sakit maaa]
# : kalau ada anak banyak, sorang bolehlah menyapu, sorang masak, semua boleh suruhkan
$ : doalah minta ammie dapat anak...
# : takperlah biar kakak jer dapat anak...
& : hah ..cepat2 kawin...
Bye~bye~jumpa lagi...
sAmBuT hArI jAdI SaYa
Saya nak tiup lilin hari jadi tapi ammie tak kasi.
Napa agaknya. Tahun lepas ammie beli kek ada gambar kartun pastu saya tiup2 lilin.
Kali ni ammie kata kita makan kek kat kedai jer.
Ayah takde, saya dengan ammie jer pergi.
Sampai kedai jer ammie suh ambik gambar.
Masuk dalam saya suka sangat saya cepat2 pilih kek coklat yang paling cantik sekali.
saya tak suka krim dia, ammie yang makan
sian saya kan...makan sepotong kek ajer pun cukuplah...
Ammie order fun frise dengan air coklat untuk saya.
Saya share makan kek coklat dengan ammie, saya tak suka krim dia, ammie yang makan, saya makan isi dalam dia jer.
Ammie tak order makan pun, sebab tekak ammie sakit, ammie asyik batuk dan takde suara...kelakar suara ammie...kejap kuat kejap perlahan...asyik2 saya terperanjat kalau dengan suara ammie tiba2 jadik kuat pulak.
Kakak2 kat situ asyik pandang2 saya sebab saya comel ker??? Sebab saya pakai tudung ker??? Sebab suara saya bercakap kuat ker??? Ntahlah..saya pun kuat bercakap macam ammie jugak...
Lepas makan, kami jalan2 gi 7-11, ammie beli strepsils, ubat sakit tekak.
Lepas tu kami pergi kedai buku, beli buku saya lagi.
Balik rumah, saya tengok pada strepsils takde halal...
"ammie tak boleh makanlah, takde halal dia..." saya ambik ubat tu saya bacakan ammie
"ammie dah sakit tekak sangat, ammie nak makan jugak...." ammie jawab macam tu
"ammie makanlah..takde halal, nanti ammie berdosa, masuk api neraka..." saya marah ammie saya
malam ni, ammie cakap dengan ayah, ubat tu takde halal, saya menyampuk,"...hah tulah kan kakak dah cakap dengan ammie takde halal...."...barulah ammie tau dalam tu ada alcohol...
Bye~bye~jumpa lagi...
kEnA sEkOlAh JuGaK!
Tapi saya ponteng jugak minggu ni. Khamis ammie saya MC, saya nak duduk dengan ammie sebab ammie ada rumah.
Jumaat saya kena sekolah sebab ayah balik rumah ummie.
Saya malas nak gi sekolah sebab kawan baik saya Nurul Iman dengan Bina tak datang sekolah.
Semua kawan2 cuti sebab diorang ada kakak dengan abang jaga kat rumah.
Saya pun ada kakak dengan abang jugak. Jumpa Uda, kakak Sahkirah, Zubair, Kak Chik, abang cak.
Tulah saya pergi rumah ummie. Rumah ammie takde kawan. Saya boring. Biarlah ammie tinggal sorang.
Hari ni cikgu Idda kata saya comel, sebab Cikgu Idda kata saya pakai baju baru.
Taklah, saya pakai baju raya tahun lepas. Mak saya yang tempahkan. Nanti saya ambik gambar pakai baju tu yer?
Petang saya pakai seluar jeans kat bontot dia ada tulis "my Love', cikgu Bihan kata seluar saya cantik. Cikgu tanya seluar baru ker?
Taklah, ammie belikan saya masa rayalah cikgu...apalah cikgu ni kan semua saya pakai kata cantik..eh eh saya memang cantik,kan? Pakai apapun namapak cantiklah....malu jer..perasan!
Bye~bye~jumpa lagi...
Thursday, June 05, 2008
sEkOlAh SaYa ~MURNI THE BEST~
aLaM sEkOlAh SaYa
Tengoklah satu tupperware alatulis saya, tak mainlah pencil box kecik2 tuuu...
Ni lagi...sampai darjah satu saya pakai tak habis lagi...
Saya memang suka minnie mouse...dua botol air saya sebab saya selalu tertinggal botol air kat sekolah..tulah ammie siapkan dua utk saya!
Ni bekal saya, ammie taknak beli saya
nak jugak sebab ada gambar minnie mouse tuh!