Monday, April 27, 2009

Ucapan terima kasih

Assalamualaikum w.b.t


Satu perkara yang menjadi amalan hani anak saya ni yang sangat saya suka adalah ucapan terima kasihnya.

Setiap kali lepas saya buatkan susu dia mesti uvapkan terima kasih ammie.


Baik apapun yang saya beri pada tangan dia atau tolong ambikan dan serakan pada dia juga dia akan ucapkan terima kasih.


Kadang2 saya sedang marah atau bebel sebab rasa macam dia buli saya suh ambil itu ini, lepas serah sesuatu [barang tu] kat dia mesti dia akan cakap dengan lembut terima kasih ammie...


Terus tak jadik marah. Macam dah jadik rutin ucapan terima kasih dari mulut dia.

Selalu juga saya ditegur dia sebab lupa nak cakap terima kasih. Mesti dia cakap, "ammie tak cakap terima kasih pada kakak pun tauuu..."


Satu lagi perkataan tolong...kalau nak suruh pa2 mesti dia gunakan perkataan tolong. Selalunya saya memang malas nak tolong dia buat apa2, sebab selalunya berkaitan permainanlah...ammie tolong pegang ni, ammie tolong datang sini kejap..macam2 lah...tapi bila ada perkataan "tolong' tu kadang cair jugak lah saya....


Baru2 ni balik sekolah, dia ada kata dengan saya hari ibu tak lama lagi, ammie nak hadiah apa, kakak belikan nak tak? Ambor sedapnya..pastu saya tanya, macamana nak beli, dia jawab, pakaila duit ammie dulu....





Bye~bye~jumpa lagi...

Saturday, April 25, 2009

Perkembangan Hani terkini

Asslamualaikum w.b.t





Kadang2 terlupa blog hani ni. Asyik cerita hal lain jer. Sekarang anak ammie ni demamlah. Kesian dia. patut hari ni sekolah dia ada lwatan ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Tapi dah demam, pagi2 saya dah sms cikgu kata Hani tak jadi pergi. Lain kali pergi rumah Ummie bolehlah pergi ke sana sama.





Hari tu Hani ada tanya soalan-soalan yang agak2 susha nak jawab. "Ammie, kenapa Allah cipta faraj dan zakar berbeza bentuk dia, tak sama?





Dahlah hani tanya masa tu kat rumah ummie di PD. Umminya dengan saya pun dah sengih2 nak jawab apa tak tau. Tau sebenarnya tapi takkan dan calap yang sebenarnya. Cuma umminya boleh jawab sebab lelaki dan perempuan berbeza tak bolehlah sama bentuk kemaluannya.





Punca dia tanya tu sebab si Zubair pakai baju jer, seluar tak pakai, jadi birdnya tu memang terserlahlah. Budak 5 tahun. Dahlah sabil tak pakai seluar tu dia duduk bangun kemaskan buku2 hani yang syakiran sepahkan. Jadi terkontang-kanting bird zubair smapai menari perhatian suhailah.





Beberapa bulan lepas, dia ada tanya soalan2 begini juga. Yang ni kelakar. Dia nampak sekor kucing farsi yang selalu datang rumah saya. Kucing ni badan besar, jantan. Bila jalan style cat walk tu buah da yang besar pun tergoyang2. Hani pulak semua benda nak perhati. dia boleh tanya saya, "Ammie, kenapa faraj kucing tu besar sangat?"


Tergelak besar saya...tak dapat nak jawab sebab bila nak jawab saya tergelak semula, lepas puas gelak barulah saya terangkan yang tu bukan faraj dia, yang tu telur dia. kelakar hani ni. Maklumlah kat rumah dia sorang jer, tak biasa tengok zakar. tapi istilah zakar dan faraj memang daru imur 5 tahun dia dah expert sebab cikgu dah ajar suh jaga betul2 faraj jangan bagi orang tak dikenali tengok atau pegang. Tu yang mahir sangat tu.



Tulah anak2 ni, setiap benda kena diterangkan sebaiknya. Pernah juga satu ketika dia tanya pada saya "macamana bila perempuan kawin dengan lelaki boleh dapat anak?" susah juga nak jawab tu....tapi saya sekadar jawab kena tido sama2 baru boleh dapat anak....dan kemudian ada satu benda dia ada bagitau saya kemudiannya [lama juga selepas peristiwa pertama], "ammie, ammie tidolah dekat2 dengan ayah, ammie kata boleh dapat anak nanti ammie dapatlah anak"....


Hani..hani....macam2 benda dia rajin tanya sekarang, dulu boleh jawab terus sekarang kena buat research dulu....hal sains lagilah. Persoalan bumi berpusing satu hari 24 jam, tarikan graviti, bulan, bintang, matahari, semua menjadi minat dia nak tau...nasib baik buku Grolier ada dengan ilustrasi seali, senang sikit nak cerita kat dia....









Bye~bye~jumpa lagi...