Tuesday, June 10, 2008

bertanya lagi dan lagi

Dah lama dah habit hani yang satu ni.

Rasanya semua kanak2 seusia dia akan bertanya.

Tapi masalahnya benda yang dia tanya tu bukan benda yang kita boleh terangkan secara terus.

Selalu perkataan yang ditanya tu kena pulak saya fikir 2/3 kali nak jawab.

Sebab ada pertanyaan dia yang saya tersu jawab tapi banyak pulak soalan susulannya.

Ok..banyak perkataan dia tanya saya...ni yang saya ingat jer...

Scene 1

"Eh...awat camni, biar betul!" < -- ini ayat ammie ~'biar betul' <--saya selalu cakap dengan diri sendiri bila saya dengar atau baca apa2 berita/cerita yg buat saya terkejut atau terperanjat. Contoh soalan dia..."ammie, biar tu apa makna dia...napa ammie cakap macam tu...

Lepas tu dia kaitkan dengan situasi saya keluarkan ayat tu pulak...

kenapa ammie nampak tu ammie kena cakap biar betul?


Scene 2

saya berborak dengan dia

"alah kak, nanti dia pulanglah semula mainan kakak tu " <-- contoh ayat saya dengan dia Soalan dia ; "ammie, semula tu apa maksud dia"

Tu tak termasuk lagi perkataan yang keluar kat tv dalam berita tu.

Kalau benda tu objek atau benda saya senang nak cerita tapi kalau benda tu hanya perkataan yang menyokong atau penegasan pada ayat jenuh saya nak terangkan..dah tu tak faham pulak tu...

"beliau mendakwa...bla bla..." <-- ammie mendakwa tu apa maksud dia.... baru kejap ni, dia tanya saya.... "ammie, jujur tu macamana, jujur tu kalau orang tu cakap tak betul, tipu eh?"

"tak, jujur tu kalau orang tu cakap betul, tak tipu dia cakap yang sebenar jer, tu lah orang yang jujur"

"ammie tipu ni, jujur tu kan orang yang cakap tak betul..dia tipu.."

Larrr..mana plak dapat ajaran sesat ni....

sebab soalan dia tulah saya dapat idea tulis entry ni. Banyak soalan2 dia pada saya sebelum ni... tapi tulah tak ingat pulak dah!


..selalu kalau saya berborak dengan ayah, masa tulah dia sibuk tanya perkataan2 yang saya atau ayah guna tu..tak kiralah asal dia tak faham jer dia tanyalah..kadang saya tak boleh nak jawab, ayah ada ayah tolong jelaskan jugak [selalu saya tak puas hati jawapan ayah tu]

Selalu dalam keretalah soalan2 dia tuh! sebab kalau kat rumah dia buat aktiviti dia sendiri, tak hirau kan mak bapak dia borak, kalau dalam kereta sebab dia berdiri kat tengah seat kami tu memang dia faham dan menyampuk perbualan kami.

Satu lagi...kalau tengok drama, berita atau apa...sure dia tanya saya kenapa orang macam tu, orang ni macamni....kritis jugak pemikiran dia ni. Saya rasa menurun dari saya tapi bila kena dengan anak sendiri malas nya nak layan dan jawab...selalu ayah 'marah' saya bila saya nak senang citer saya jawab.."ntah, ammie pun tak tau"...letih tau....
Bye~bye~jumpa lagi...

No comments: