Sunday, August 03, 2008

dua dunia berbeza...

Assalamualaikum w.b.t..

Melihat Hani dan ayah adalah seumpama melihat dua dunia yang berbeza... ayah dan Hani bezanya 47 tahun ~ hampir setengah abad! Hani baru nak memulakan perjalanan hidupnya sedang ayah berkira-kira hendak menghabiskan penghujung hidupnya...


Apapun Hani tetap meraikan hari-hari bersama ayah dengan gembira. Memahami kemampuan ayah tahap mana. Sanggup berkorban kegembiraan zaman masa kanak-kanaknya semata-mata nak menyesuaikan dengan kesihatan ayah. Tidak pernah membantah kalau saya katakan kita tak boleh jalan, kita tak boleh ke sini sebab tak sesuai dengan ayah...dia sangat faham...

Sentiasa ikram ayah ~ ambilkan tongkat ayah, ambilkan ubat ayah, ambilkan ayah air, ambilkan ayah itu dan ini....dan satu-satunya tempat yang setiap kali ayah ada dia boleh menemani ayah adalah ke suarau. Maka itulah setiap kali ayah hendak ke suarau dia tidak pernah mensia-siakan peluang bersama ayah...
Juga setaip amalm yang ayah ada tidak melepaskan peluang memeluk ayah seerat-eratnya umpama tidak akan berjumpa lagi. Setiap pagi keesokannya celik mata selepas baca doa soalannya adalah, "mana ayah?"...

Bye~bye~jumpa lagi...

2 comments:

ita.itu said...

baiknye hani ek...kecik2 dah pandai berdikari ye..

Mak Su said...

bagus hani, :)