Tuesday, November 17, 2009

Aksi baby yang menarik





Bye~bye~jumpa lagi...
Assalamualaikum w.b.t       


ini saye


bes mase saye kat konvo   naik       atas      pentas    pulak tu      kawan-kawan     perna  tak    naik atas pentas      cuba     kawan-kawan     tengok     saya naik atas pentas    








Bye~bye~jumpa lagi...

Graduation Day Hani 6 years






Graduation Day hani dibuat pada 14 Oktober 2009 yang lepas. kali kedua hani hadir, masa 5 tahun dulu hadir buat persembahan dan dia dapat juga piala dan hadiah sebab dapat tamatkan bacaan cahayaku....walaupun dia lewat masuk 4 bulan dari pelajar lain. kali ni hani dapat first class untuk sijil tamatnya sebab dapat menghabiskan cahayaku dan Qiraati [tamat mengaji].


Pada segmen awal ni hani terlibat dalam persembahan santapan jiwa pagi, ala-ala baca doa dan baca surah serta hadith...pastu ada persembahan nyanyian lagi Do re mi, semua pelajar perempuan dan pelajar lelaki yang nyanyikan lagu ni...semua kena pakai gown. Gown hani saya dah tempah tapi sebab salah tarikh tak sempat siap, maka saya beli gown kat kedai bundle jer dengan harga RM18.00 tapi hasilnya bila dikenakan pada badan hani marbeles...cantik bangat!


Apapun saya bangga dapat meraikan hani dihari graduasinya. Saya banyak gak tengok graduasi budak2 tadika dalam blog lain tapi saya jaminlah graduasi tadika hani paliinggg grand sekali. mana ada tadika lain buat kat hotel, pagi sampai santak ke petang, makanan pun style hotel, siap hadiah punyalah banyak, siap pakai profesional punya MC, dan siap ada segemen pagi petang, bergambar dengan jurufoto profesional, siap ada jualan booth kat luar grand ballroom lagi...memang kelas betullah..bayangkan makan jer sekepala RM 75, tea break dan high tea....


nanti saya citer lagi dan buat slide banyak lagi untuk kenangan hani....ni baru pagi punya ni yang tengahari sampai petang banyak lagi dowww...letih kalau nak upload tapi demi hani anakku...mak mu ini akan gagahi juga upload gambar walaupun mungkin makan masa sampai tahun depan dalam blog yang hidup segan mati tak mau ni....sebab mak mu kena jaga blog kesayangan dan blog test market.....



Bye~bye~jumpa lagi...

Saturday, October 31, 2009

Hani ditaman

hani

Sunday, August 30, 2009

i love u mummy

hai kawan kawan name saye hani suhaila saya suka bermain perminan dan saya suka bermain dengan mak saye
saye ade saudara. saudare saye ade 6 saye ade mak tiri saye jugak ade adikberadik. adikberadik saye ade 8.











Bye~bye~jumpa lagi...

Monday, August 24, 2009

Hani mula puasa

Assalamualaikum w.b.t


Bermula Ramadhan tahun ni, hani bercita-cita berpuasa penuh. Walaupun nampaknya agak berat tapi saya sebagai ibunya akan membantu sedaya upaya.


Setakat hari ni tak ponteng puasa lagi. Cuma waktu sahur tu kalau agak2 merengek tu saya bawakan nasik makan atas katil dengan bersuap. takperlah asalkan dia nak makan.


Petang lepas jam 6 memang ada merengek kata lapar tapi taknak berbuka. Dia kasi ancaman jer, tapi suh minum taknak pulak.


Ramadhan ni nampaknya terpaksa kasi layanan 5 bintang kat dia sebagai memberi semangat untuk dia menjalani ibadah puasa.


Syabas anak ammie. Moga menjadi orang beriman.


Bye~bye~jumpa lagi...

Monday, April 27, 2009

Ucapan terima kasih

Assalamualaikum w.b.t


Satu perkara yang menjadi amalan hani anak saya ni yang sangat saya suka adalah ucapan terima kasihnya.

Setiap kali lepas saya buatkan susu dia mesti uvapkan terima kasih ammie.


Baik apapun yang saya beri pada tangan dia atau tolong ambikan dan serakan pada dia juga dia akan ucapkan terima kasih.


Kadang2 saya sedang marah atau bebel sebab rasa macam dia buli saya suh ambil itu ini, lepas serah sesuatu [barang tu] kat dia mesti dia akan cakap dengan lembut terima kasih ammie...


Terus tak jadik marah. Macam dah jadik rutin ucapan terima kasih dari mulut dia.

Selalu juga saya ditegur dia sebab lupa nak cakap terima kasih. Mesti dia cakap, "ammie tak cakap terima kasih pada kakak pun tauuu..."


Satu lagi perkataan tolong...kalau nak suruh pa2 mesti dia gunakan perkataan tolong. Selalunya saya memang malas nak tolong dia buat apa2, sebab selalunya berkaitan permainanlah...ammie tolong pegang ni, ammie tolong datang sini kejap..macam2 lah...tapi bila ada perkataan "tolong' tu kadang cair jugak lah saya....


Baru2 ni balik sekolah, dia ada kata dengan saya hari ibu tak lama lagi, ammie nak hadiah apa, kakak belikan nak tak? Ambor sedapnya..pastu saya tanya, macamana nak beli, dia jawab, pakaila duit ammie dulu....





Bye~bye~jumpa lagi...

Saturday, April 25, 2009

Perkembangan Hani terkini

Asslamualaikum w.b.t





Kadang2 terlupa blog hani ni. Asyik cerita hal lain jer. Sekarang anak ammie ni demamlah. Kesian dia. patut hari ni sekolah dia ada lwatan ke Muzium Tentera Darat Port Dickson. Tapi dah demam, pagi2 saya dah sms cikgu kata Hani tak jadi pergi. Lain kali pergi rumah Ummie bolehlah pergi ke sana sama.





Hari tu Hani ada tanya soalan-soalan yang agak2 susha nak jawab. "Ammie, kenapa Allah cipta faraj dan zakar berbeza bentuk dia, tak sama?





Dahlah hani tanya masa tu kat rumah ummie di PD. Umminya dengan saya pun dah sengih2 nak jawab apa tak tau. Tau sebenarnya tapi takkan dan calap yang sebenarnya. Cuma umminya boleh jawab sebab lelaki dan perempuan berbeza tak bolehlah sama bentuk kemaluannya.





Punca dia tanya tu sebab si Zubair pakai baju jer, seluar tak pakai, jadi birdnya tu memang terserlahlah. Budak 5 tahun. Dahlah sabil tak pakai seluar tu dia duduk bangun kemaskan buku2 hani yang syakiran sepahkan. Jadi terkontang-kanting bird zubair smapai menari perhatian suhailah.





Beberapa bulan lepas, dia ada tanya soalan2 begini juga. Yang ni kelakar. Dia nampak sekor kucing farsi yang selalu datang rumah saya. Kucing ni badan besar, jantan. Bila jalan style cat walk tu buah da yang besar pun tergoyang2. Hani pulak semua benda nak perhati. dia boleh tanya saya, "Ammie, kenapa faraj kucing tu besar sangat?"


Tergelak besar saya...tak dapat nak jawab sebab bila nak jawab saya tergelak semula, lepas puas gelak barulah saya terangkan yang tu bukan faraj dia, yang tu telur dia. kelakar hani ni. Maklumlah kat rumah dia sorang jer, tak biasa tengok zakar. tapi istilah zakar dan faraj memang daru imur 5 tahun dia dah expert sebab cikgu dah ajar suh jaga betul2 faraj jangan bagi orang tak dikenali tengok atau pegang. Tu yang mahir sangat tu.



Tulah anak2 ni, setiap benda kena diterangkan sebaiknya. Pernah juga satu ketika dia tanya pada saya "macamana bila perempuan kawin dengan lelaki boleh dapat anak?" susah juga nak jawab tu....tapi saya sekadar jawab kena tido sama2 baru boleh dapat anak....dan kemudian ada satu benda dia ada bagitau saya kemudiannya [lama juga selepas peristiwa pertama], "ammie, ammie tidolah dekat2 dengan ayah, ammie kata boleh dapat anak nanti ammie dapatlah anak"....


Hani..hani....macam2 benda dia rajin tanya sekarang, dulu boleh jawab terus sekarang kena buat research dulu....hal sains lagilah. Persoalan bumi berpusing satu hari 24 jam, tarikan graviti, bulan, bintang, matahari, semua menjadi minat dia nak tau...nasib baik buku Grolier ada dengan ilustrasi seali, senang sikit nak cerita kat dia....









Bye~bye~jumpa lagi...

Tuesday, March 31, 2009

Berdoa yang terbaik buat Hani

Assalamualaikum w.b.t


Saya selalu berdoa agar anak saya menjadi sempurna walaupun saya tahu saya tidak mendidiknya dengan sehabis baik dan sehabis sempurna. tapi Allah maha kaya sebab mengurniakan anak yang saya rasa memberi lebih nilai tambah daam dirinya dari penilaian mata saya.


Kadang2 saya rasa saya terlalu banyak ruang kosong yang saya kurang dalam mendidik dia. Sungguh rasa bersalam. kalau Hani baca ni bila Hani besar ammie sesungguhnya mohon maaf atas apa2 kekurangan yang ammie buat sepanjang mendidik hani.


Diusia ini, bulan Jun ini genap 6 tahun, saya rasa pencapaian dia dibandingkan dengan saya semasa seusia dia adalah jauh umpama langit dan bumi. Dan kalau dibandingkan dengan sepupu2 dia dan anak2 jiran dan kawan2 saya juga melihat hani telah jauh kehadapan. Bukan dalam semua sudutlah tetapi ada sudut2 tertentu dalam diri dia yang saya rasa dia membebsar dengan diberi tanggungjawab tertentu.


Paling ketara dalam diri dia adalah minta membacanya yang sangat meluap-luap. Bayangkan malam2 sebelum tidur dia akan cuba membaca dan mengahbiskan sebuah buku. Saya lama dulu begitu ingin membina minta membaca pada diri dia dengan membacaan dia buku sebelum tido setiap malam.


Malangnya itu hanya angan2 sebab tahu jerlah sibuk kerja dan sibuk ntah apa2, hasrat tinggal hasrat jerlah. bagaimanapun tanpa usaha saya itupun rupanya diri dia sendiri secara automatik tertanam minta membaca.


Agaknya minat saya membelikan dia bahan bacaan membuatkan dia teruja. tambahan pula diusia 5 tahun dia telah pandai membaca. Tak perlu lagi saya bacakan. Dan sekarang minat membaca dia telah tumbuh terhadap buku2 english. walaupun agak leat tapi syukur sangat sebab akhirnya berjaya juga dia membaca english dengan lancar. cuma maksudnya tu kadang2 dia bertanya juga dengan saya.


gaji bulan lepas saya belikan dia dua set buku lady bird, easy word. Dah lama guru sekolah minta belikan tapi masa tu kata cikgu hani Rm 300 lebih 3 set. Set A, B dan C. Saya asyik tertangguh2, lama2 saya pejam mata jer, tapi saya beli dua set ajer set a dan set b, set c tu untuk latihan saya tak beli lagi....mungkin lepas2 ni barulah saya beli kot.



Tu pun dah dua ratus lebih. takperlah melabur untuk kebaikan dia. Rasanya kos ntuk buku hani dah beribu dah. Maka sangat berbaloi saya melabur sebab akhirnya hani memang manjadi hantu buku, jalan2 pun mesti nak bawa bekalan buku untuk dibaca. Pergi ke rumah orang pun dia akan cari bahan bacaan.


Malam2 nak tido kadang naik angin juga, sebab dia takmo tutup lampu. Ada satu hari tu saya paksa juga tutup lampu maka dia ambil hanphone dan dia gunakan cahaya handphone tu untuk terus habiskan bacaan dia. Geram juga rasanya. sebab kerana buku dia sanggup berjaga malam tidak tidur. Kadang saya kata kalau nak baca duduk luar[ruang tamu] dan dia sanggup kerana nak baca juga buku tengah2 malam duduk sorang2 kat luar mambaca. Tak takut pun...


Sekarang musim dia gila baca english book. Buku lady bird tulah. buku grolier tinggi sangat bahasanya.ungkin dah masuk primary school baru dia minat buku tu kot. so saya hanya perlu galakkan dia jer, dan pilihkan bacaan yang bersesuaian.


keseluruhannya saya banggalah walaupun tkdelah cemerlang sangat tapi untuk usaha saya yang tak seberapa ni saya bangga kerana dia mampu menjadi yang terbaik dimata saya.


Setakat baca doa dan solat tak payah tegr dah. dah okay dah. Setiap solat dia dah tau solat apa. subuh ker, mangrib ker, isyak ker tak perlu dah just cakap kakak solat, dia taulah brapa rakaat...


Disekolah gurunya komen juga hani pemalu dan taknak berkawan dengan lelaki, tapi cepat faham dan cerdik. Kerja sekolah juga cepat siap, tak banyak cakap, jadi saya takde risau sangat cuma kena banyakkan dia bersosial kerana kemahiran sosial dia sangat kurang.



Dirumah juga saya dah ayah menjadi mangsa untuk teguran dia kalau salah dalam apa2 perbuatan, tak ikut adab contohnya...mesti dia jadi alarm untuk ingatkan kami...harapan saya dia akan berkembang dengan lebih baik dan menjadi anak solehah.


kalau kakak baca ni, ammie harap dan doa pada allah kakak jadi seorang anak yang soleh yang boleh mendoakan ammie di alam kubur dan moga dapat kejayaan didunia juga.


Bye~bye~jumpa lagi...

Friday, March 27, 2009

Hani yang baik

Assalamualaikum w.b.t


Kakak, sapa orang yang paling rapat dengan kakak, yang kakak kongsi semua rahsia...bla bla


Ayah!


Hmmm...ammie pun ayah jugak, takper, ammie ada rahsia nak cerita dengan ayah...


Eh..orang paling rapat dengan kakak ammie lah....bagitaulah apa rahsia ammie tu....


Tak nak...


Bagitaulah....


Taknak....




Bye~bye~jumpa lagi...

Thursday, February 26, 2009

hani mula taip sendiri

asalam mualai kum


hai saya hani



Bye~bye~jumpa lagi...

Monday, February 16, 2009

Perkembangan Hani

Assalamualaikum w.b.t

Perkembangan Hani

1. Mengaji makin lancar
2. Solat makin malas walaupun bacaan semua dah lancar
3. Makin suka persoalkan sesuatu~malasnya nak layan, cnth: Ammie tu kenapa banyak sngt cuti, kakak asyik kena sekolah jer, ammie asyik takde kelas jer
4. Ada masa malas nak ke sekolah-"kakak nak ponteng hari ni boleh tak"
5.Pandai demand, "okay, ayah keluar 40 hari kan, sekarang ayah duk rumah pulak 40 hari!!!"
6.Rajin tolong ke dapur~basuh pinggan, menyapu
7. Makin kuat bercakap sorang2
8. Asyik minta adik jer, tapi ayat dia skema jer, "ammie, bilalah ammie ni nak mengandung?"
9. Ayat makin matang, "Kakak rasa disebabkan...", "apa kata kalau kakak cadangkan..."
10.Boleh sms sendiri, balas sms dan taip sendiri~kadang bunyi ada, ejaan salah
11. Mula taknak pakai baju sukan lengan endek ke sekolah~takut kena bakar, so pakai sweater
12.Hari2 suh bacakan al fatihah untuk dia dalam perjalanan ke sekolah
13. Malam2 nak tidur zikir Ya salam untuk ayah dan abah [telah meninggal]
14. Makin kuat makan nasi + ikan
15. Hari2 dia mandikan FIFI [kucing] siap syampoo lagi dan kucin tu dah immune takde lari2 pun
16.Hari2 balik sekolah, carik FIFI keliling rumah, terus peluk dukung bawak masuk
17.Hahahaaa.selalu tersasul kalau cerita hal Sofiyyah dia selalu tersebut Fifi...kelakar


Waah..banyak lagi tak larat nak taip dah ni...






Bye~bye~jumpa lagi...

Sunday, January 18, 2009

Colouring Contest

Assalamualaikum w.b.t
Semalam, Hani masuk contest, mewarna jer, sajer kasi pengalaman supaya tahap keyakinan diri dia bertambah. Ramai kawan2 dia jer yang masuk sama. Pertandingan di KPJ, seronok masing-masing sebab hanya kena warnakan gambar kek harijadi jer. Tak susah mana pun banding masa contest hari kemerdekaan dulu kena warna gambar macam2 objek sempena sambutan kemerdekaan. Masa tu Hani tak siap dengan kawan dia rebut kaler dia lagi. Kali ni tenang jer sebab masing2 bawa kaler besar2 belaka....termasuk hani.
Khusyuk dan tawadhuk jer...sebelah Hani Amirah Sumayyah

Masih khusyuk, ambik dari jauh jer ni.



La...warna dull jer semuanya..hishhhbetul2 ikut citarasa ammie dalam memilih warna..



Wah..masih khusyuk lagi ni...slow and steady jer..




Ini Aiman...terang sungguh pilihan warnanya..muka siap berkerut lagi






Ini Amirul siap mak dan ayah di belakang tu bagi sokongan moral..mantap!


Ini separa siap sempat di snap...hanya cerry yang kaler merah










Ini hasil tangan Amirah Sumayyah [yaya]...cepat betul siap budak ni...dah berlatih kat rumah kot...






Hani di kala yaya dah siap, dia baru nak kaler lilin nya









Berhasil...bagus anak ammie...dapat tempat ketiga pun jadiklah....








Suker...dan bangga sampai taknak buka2 hadiahnya














Suh ambik gambar lagi....eksyennya dia





hahahaaa..ini jer hadiahnya...barang boikot plak tu...hani siap cakap, camana ni ammie barang disneylah..kan kita boikot??? takper dapat hadiah gunakan ajerlah....






Bye~bye~jumpa lagi...

Wednesday, January 14, 2009

Hani masuk 6 tahun

Assalamualaikum w.b.t




Tahun ni untuk 6 tahun Hani masih sekolah yang sama, cuma premis yang berbeza, dulu namanya BIJAK utk 4 dan 5 tahun sekarang ni dah tukar PINTAR khusus untuk 6 tahun sahaja. Dan tahun ni juga, Hani hanya ambil skim sekolah dari 7 pagi sampai 1 tengahari. Sedikit jimat dari segi yuran, jimatlah seratus.



Hani balik tengahari sebab lepas tu, hani duduk rumah sahaja, sebab dah ada kak Suliyati [hani panggil kak juli sebab senang dia nak sebut] jaga dia. Sampailah petang dia akan duduk dengan kak juli sementara ammie balik dari kelas. Hanya hari rabu jer dia akan balik petang sebab kelas ammie habis lewat. Kalau ayah ada, mungkin ayah akan ambil dia dulu, tapi sekarang ayah keluar 40 hari kenalah cikgu yang jaga hani....







Mula2 tahun biasalah balut buku, banyak gak buku2 hani ni, lenguhlah ammie bersimpuh duduk membalut hadiahnya. Sementara tengok ammie balut buku, hani main dengan Fifi anak kucing yang datang rumah saya dan terus nak bermanja dengan hani...layankan ajer...dia akan ikut mana jer hani pergi...







Ni malam mula2 hani siapkan tempat tido fifi kat depan, fifi ni taknak duduk kat luar, kalau dikuncikan pintunya mengiau2 dari luar nak masuk, sanggup dia panjat kut tingkap..lama2 saya benarkan jerlah hani bawa dia tido tapi tak boleh di dalam, kat ruang tamu jer..hani bentangkan tilam dan sediakan juga pilihan bangku kecik ni diterbalikkan diletakkan towel kecik sebagai alas, pandai pulak si Fifi ni masuk dalam ni, saya sempat tangkap gambar fifi dah tido dalam bangku ni tengah2 malam masa bangun ke dapur...dalam gelap sebenarnya gambar ni tapi paki flash nampaklah...







Bye~bye~jumpa lagi.