Sunday, November 09, 2008

Susu hani

Hani sekarang kan berumur 5 tahun 5 bulan, tapi sejak umur 3 tahun saya dah cuba tukarkan susu dia, sebab susu sedia ada tu setakat umur 3 tahun jer. Susu Lactogen tu takat umur 3 tahun jer kan, beberapa bulan sebelum 3 tahun saya dah beli susu lain tapi tetap dia tak mau. Dah cuba bebarapa susu yang macam2 rasanya dari murah sampai mahal tetap dia takmau. Maka saya kekal kan ajerlah susu tu. Dalam pada tu saya cuba2 juga susu2 lain, enfagrow, dugro, dtch lady, nespray, macam2 lagilah...tetap dia taknak, alam tempoh tu jugak hani dah berapa kali berhenti minum susu, sebab lepas cuba tukar susu tu dia taknak, terus saya tak belikan susu lactogen, dan dia pun keras hati jugak, terus berhenti hisap susu. Adalah dalam 3 minggu paling lama dia berhenti, tapi saya pulak keian, sebab dia bukan jenis pemakan dan sangat memilih makan, sudahnya dalam hati saya fikir, makin kuruslah anak saya ni, susu pekat er, milo ker semua taknak....lagilah susahkan...yang dia suka air 100 plus..pelik sangat kegemarannya....

Kalau kanak-kanak lain suka vitagen, yogurt, roti, biskut2 cream, untuk hani tak jalan, sekeping dua bolehlah....coklat pun sama, tak ingin dia! Gula2 pun dia tak makan!

Susah jugak nak layankan makan hani ni....





Bye~bye~jumpa lagi...

No comments: