Friday, November 28, 2008

Hani's Graduation Day

Asslamualaikum w.b.t


Hari graduation day Hani pada 1 Nov tapi ni baru teringat nak upload gambar kat blog hani ni. hani dapat piala sebab tamat bacaan Cahayaku. Kiranya adalah jugak hadiah yang dia dapat. takdelah melopong ajer. Cuma 13 orang dari 50 orang yang tamat cahayaku ni. Alhamdulillah walauapun hani masuk sek bulan April dia dapat kejar dan dapat menyaingi kawan lain yang masuk lebih awal. Anak Ammie memang cerdik.


Dapat gambar percuma bagi sesiapa yang dapat mana-mana hadiah...ini pun nak balik bari ammie sedar.




Nampak tak kecik jer hani yang bawah belon tu, masa ni hani buat persembahan dikir barat



Ni pun dikir barat, masa dia berdiri...kelakar lah hani ni asyik leka tengok orang jer...




Ni sebelum buat persembahan percussion, semua kena pakai baju putih dan seluar jean, comel pulak bila dah seragam pakai macamni...



Gambar Hani sorang dah siap pakai reben dan tudung, cikgu yang ikatkan....






Lagak hani sebelum dikir barat...sebenarnya dia dah malas nak naik pentas sebab dia asyik teringat nak susu botol, hani manalah minum air kotak ker, yang dia minum mineral water dengan susu botol...susah kalau jalan terlupa bawak mineral, hari ni mujur hotel sediakan mineral water..tapi dia asyik teringat botol gak...





Tahun depan sekolah nak buiat graduation day di Tiara Beach Resort, Port Dickson, harap ayah dapat joint sekali, tahun ni lepas dapat piala, dia bebel kat ammie kata, "ayah tak tahu pun kakak dapat hadiah,kan?" tiba2 rasa sayunya...kan ayah dah sebulan tak balik masa ni?

Mari bersolat


Assalamualaikum w.b.t

Hani seorang yang rajin bersolat dan tau apa balasan kalau tak bersolat tapi kalau ammie tak suruh jangan haraplah. Kalau tanya kenapa tak solat, senang jer dia jawab, kakak kecik lagi, nanti 6 tahun kakak solatlah...ok takper 6 tahun nanti tak solat siap yer!




Bye~bye~jumpa lagi...

Sunday, November 09, 2008

Susu hani

Hani sekarang kan berumur 5 tahun 5 bulan, tapi sejak umur 3 tahun saya dah cuba tukarkan susu dia, sebab susu sedia ada tu setakat umur 3 tahun jer. Susu Lactogen tu takat umur 3 tahun jer kan, beberapa bulan sebelum 3 tahun saya dah beli susu lain tapi tetap dia tak mau. Dah cuba bebarapa susu yang macam2 rasanya dari murah sampai mahal tetap dia takmau. Maka saya kekal kan ajerlah susu tu. Dalam pada tu saya cuba2 juga susu2 lain, enfagrow, dugro, dtch lady, nespray, macam2 lagilah...tetap dia taknak, alam tempoh tu jugak hani dah berapa kali berhenti minum susu, sebab lepas cuba tukar susu tu dia taknak, terus saya tak belikan susu lactogen, dan dia pun keras hati jugak, terus berhenti hisap susu. Adalah dalam 3 minggu paling lama dia berhenti, tapi saya pulak keian, sebab dia bukan jenis pemakan dan sangat memilih makan, sudahnya dalam hati saya fikir, makin kuruslah anak saya ni, susu pekat er, milo ker semua taknak....lagilah susahkan...yang dia suka air 100 plus..pelik sangat kegemarannya....

Kalau kanak-kanak lain suka vitagen, yogurt, roti, biskut2 cream, untuk hani tak jalan, sekeping dua bolehlah....coklat pun sama, tak ingin dia! Gula2 pun dia tak makan!

Susah jugak nak layankan makan hani ni....





Bye~bye~jumpa lagi...