Wednesday, January 14, 2009

Hani masuk 6 tahun

Assalamualaikum w.b.t




Tahun ni untuk 6 tahun Hani masih sekolah yang sama, cuma premis yang berbeza, dulu namanya BIJAK utk 4 dan 5 tahun sekarang ni dah tukar PINTAR khusus untuk 6 tahun sahaja. Dan tahun ni juga, Hani hanya ambil skim sekolah dari 7 pagi sampai 1 tengahari. Sedikit jimat dari segi yuran, jimatlah seratus.



Hani balik tengahari sebab lepas tu, hani duduk rumah sahaja, sebab dah ada kak Suliyati [hani panggil kak juli sebab senang dia nak sebut] jaga dia. Sampailah petang dia akan duduk dengan kak juli sementara ammie balik dari kelas. Hanya hari rabu jer dia akan balik petang sebab kelas ammie habis lewat. Kalau ayah ada, mungkin ayah akan ambil dia dulu, tapi sekarang ayah keluar 40 hari kenalah cikgu yang jaga hani....







Mula2 tahun biasalah balut buku, banyak gak buku2 hani ni, lenguhlah ammie bersimpuh duduk membalut hadiahnya. Sementara tengok ammie balut buku, hani main dengan Fifi anak kucing yang datang rumah saya dan terus nak bermanja dengan hani...layankan ajer...dia akan ikut mana jer hani pergi...







Ni malam mula2 hani siapkan tempat tido fifi kat depan, fifi ni taknak duduk kat luar, kalau dikuncikan pintunya mengiau2 dari luar nak masuk, sanggup dia panjat kut tingkap..lama2 saya benarkan jerlah hani bawa dia tido tapi tak boleh di dalam, kat ruang tamu jer..hani bentangkan tilam dan sediakan juga pilihan bangku kecik ni diterbalikkan diletakkan towel kecik sebagai alas, pandai pulak si Fifi ni masuk dalam ni, saya sempat tangkap gambar fifi dah tido dalam bangku ni tengah2 malam masa bangun ke dapur...dalam gelap sebenarnya gambar ni tapi paki flash nampaklah...







Bye~bye~jumpa lagi.

No comments: