Monday, August 24, 2009

Hani mula puasa

Assalamualaikum w.b.t


Bermula Ramadhan tahun ni, hani bercita-cita berpuasa penuh. Walaupun nampaknya agak berat tapi saya sebagai ibunya akan membantu sedaya upaya.


Setakat hari ni tak ponteng puasa lagi. Cuma waktu sahur tu kalau agak2 merengek tu saya bawakan nasik makan atas katil dengan bersuap. takperlah asalkan dia nak makan.


Petang lepas jam 6 memang ada merengek kata lapar tapi taknak berbuka. Dia kasi ancaman jer, tapi suh minum taknak pulak.


Ramadhan ni nampaknya terpaksa kasi layanan 5 bintang kat dia sebagai memberi semangat untuk dia menjalani ibadah puasa.


Syabas anak ammie. Moga menjadi orang beriman.


Bye~bye~jumpa lagi...

No comments: