Sunday, August 31, 2008


Makin lama saya tengok anak gadis ni makin gelap kulitnya. Mungkin faktor persekitaran dimana dia dah banyak keluar rumah dan banyak berjemur di sekolah agaknya. dan mungkin juga faktor 'nila' dipunggungnya sudah merebak ataupun mungkin faktor genetiknya [kulit gelap yang mengikut saya] makin menyerlah...makin dipandang makin terserlah DKK [darah keturunan keling], ikut kata kawan2 faktor dkk ni diwarisi dari ibu tirinya[?]...



Rambut panjang bergulung2 dah sebijik dah mak tirinya..bergulung2 rambutnya kalau dibiar mengurai...

Kalau diikat sanggul pun, aderjer berjurai...

close-up sikit...dah macam heroin tamil pun ada jugak....apapun asalnya perangai elok sudahlah....

Bye~bye~jumpa lagi...

Wednesday, August 20, 2008

Anak2 Sidek

Inilah 4 beradik kecik2 Hani...ada 3 lagi yang besar, along [28] , Angah [25] dan Kak Iza [22]...dan bakal menambah sorang lagi September ni..perempuan jugak! so genaplah 4 lelaki dan 4 perempuan ank2 sidek ni...


Dari kiri ~ Uda, Zubair, Hani Syakirah, Hani Suhaila~ trademark anak2 sidek semua ada lesung pipit kiri kanan tp gambar ni tak berapa jelas sgt lesung pipit memasing...

Semua dapat jam tangan saya belikan....


Kemesraan yang tak dapat dijual beli....



Bye~bye~jumpa lagi...

Sunday, August 17, 2008

Hani naik bas

Tunggu bas...dapat tunggu bas pun dah cukup happy dah...tak sabar2 nak naik bas tuuu...



Dalam bas...siap suh ammie bukak tingkap luas-luas...

Turun bas..kami naik teksi pulak...perjalanan tak sampai 5 minit RM5.00...


Ni perjalanan kami ke wisma negeri hadir hari Taska 2008 anjuran persatuan pengasuh Berdaftar...ada jugak pertandingan melukis dan menyanyi lag merdeka...tu yang hani demam2 pun teringin juga nak pergi..ammie layanlan ajer...

Bye~bye~jumpa lagi...

Friday, August 08, 2008

Siapa serupa?

Assalamualaikum w.b.t


Ramai kata rupa hani serupa ayah...sebijik katanya! Kalau saya bawa Hani jalan yang mana minat tu ada jugak tanya..."ni anak awak/u ker?" sebab muka saya berbeza dengan hani....so saya takde peliklar...

Mana orang yang kenal saya dan tak kenal suami juga tanya, kenapa anak saya tak serupa saya [ada yg kata iras-iras saya pun takde, ada yang kata, pada mata tu ada iras2 saya, so saya siap keluarkan dari beg duit lagi tu gambar muka ayah] dan mereka pun kata..."lahh sebijik rupa ayah dia...'
Dua anak dari dua perut [ibu] ni, mana satu lebih ikut rupa ayah?


Tang hidung tu memang ikut ayah kan? Mata ikut saya lah tuuu....

Bye~bye~jumpa lagi...

Sunday, August 03, 2008

dua dunia berbeza...

Assalamualaikum w.b.t..

Melihat Hani dan ayah adalah seumpama melihat dua dunia yang berbeza... ayah dan Hani bezanya 47 tahun ~ hampir setengah abad! Hani baru nak memulakan perjalanan hidupnya sedang ayah berkira-kira hendak menghabiskan penghujung hidupnya...


Apapun Hani tetap meraikan hari-hari bersama ayah dengan gembira. Memahami kemampuan ayah tahap mana. Sanggup berkorban kegembiraan zaman masa kanak-kanaknya semata-mata nak menyesuaikan dengan kesihatan ayah. Tidak pernah membantah kalau saya katakan kita tak boleh jalan, kita tak boleh ke sini sebab tak sesuai dengan ayah...dia sangat faham...

Sentiasa ikram ayah ~ ambilkan tongkat ayah, ambilkan ubat ayah, ambilkan ayah air, ambilkan ayah itu dan ini....dan satu-satunya tempat yang setiap kali ayah ada dia boleh menemani ayah adalah ke suarau. Maka itulah setiap kali ayah hendak ke suarau dia tidak pernah mensia-siakan peluang bersama ayah...
Juga setaip amalm yang ayah ada tidak melepaskan peluang memeluk ayah seerat-eratnya umpama tidak akan berjumpa lagi. Setiap pagi keesokannya celik mata selepas baca doa soalannya adalah, "mana ayah?"...

Bye~bye~jumpa lagi...