Tuesday, March 31, 2009

Berdoa yang terbaik buat Hani

Assalamualaikum w.b.t


Saya selalu berdoa agar anak saya menjadi sempurna walaupun saya tahu saya tidak mendidiknya dengan sehabis baik dan sehabis sempurna. tapi Allah maha kaya sebab mengurniakan anak yang saya rasa memberi lebih nilai tambah daam dirinya dari penilaian mata saya.


Kadang2 saya rasa saya terlalu banyak ruang kosong yang saya kurang dalam mendidik dia. Sungguh rasa bersalam. kalau Hani baca ni bila Hani besar ammie sesungguhnya mohon maaf atas apa2 kekurangan yang ammie buat sepanjang mendidik hani.


Diusia ini, bulan Jun ini genap 6 tahun, saya rasa pencapaian dia dibandingkan dengan saya semasa seusia dia adalah jauh umpama langit dan bumi. Dan kalau dibandingkan dengan sepupu2 dia dan anak2 jiran dan kawan2 saya juga melihat hani telah jauh kehadapan. Bukan dalam semua sudutlah tetapi ada sudut2 tertentu dalam diri dia yang saya rasa dia membebsar dengan diberi tanggungjawab tertentu.


Paling ketara dalam diri dia adalah minta membacanya yang sangat meluap-luap. Bayangkan malam2 sebelum tidur dia akan cuba membaca dan mengahbiskan sebuah buku. Saya lama dulu begitu ingin membina minta membaca pada diri dia dengan membacaan dia buku sebelum tido setiap malam.


Malangnya itu hanya angan2 sebab tahu jerlah sibuk kerja dan sibuk ntah apa2, hasrat tinggal hasrat jerlah. bagaimanapun tanpa usaha saya itupun rupanya diri dia sendiri secara automatik tertanam minta membaca.


Agaknya minat saya membelikan dia bahan bacaan membuatkan dia teruja. tambahan pula diusia 5 tahun dia telah pandai membaca. Tak perlu lagi saya bacakan. Dan sekarang minat membaca dia telah tumbuh terhadap buku2 english. walaupun agak leat tapi syukur sangat sebab akhirnya berjaya juga dia membaca english dengan lancar. cuma maksudnya tu kadang2 dia bertanya juga dengan saya.


gaji bulan lepas saya belikan dia dua set buku lady bird, easy word. Dah lama guru sekolah minta belikan tapi masa tu kata cikgu hani Rm 300 lebih 3 set. Set A, B dan C. Saya asyik tertangguh2, lama2 saya pejam mata jer, tapi saya beli dua set ajer set a dan set b, set c tu untuk latihan saya tak beli lagi....mungkin lepas2 ni barulah saya beli kot.



Tu pun dah dua ratus lebih. takperlah melabur untuk kebaikan dia. Rasanya kos ntuk buku hani dah beribu dah. Maka sangat berbaloi saya melabur sebab akhirnya hani memang manjadi hantu buku, jalan2 pun mesti nak bawa bekalan buku untuk dibaca. Pergi ke rumah orang pun dia akan cari bahan bacaan.


Malam2 nak tido kadang naik angin juga, sebab dia takmo tutup lampu. Ada satu hari tu saya paksa juga tutup lampu maka dia ambil hanphone dan dia gunakan cahaya handphone tu untuk terus habiskan bacaan dia. Geram juga rasanya. sebab kerana buku dia sanggup berjaga malam tidak tidur. Kadang saya kata kalau nak baca duduk luar[ruang tamu] dan dia sanggup kerana nak baca juga buku tengah2 malam duduk sorang2 kat luar mambaca. Tak takut pun...


Sekarang musim dia gila baca english book. Buku lady bird tulah. buku grolier tinggi sangat bahasanya.ungkin dah masuk primary school baru dia minat buku tu kot. so saya hanya perlu galakkan dia jer, dan pilihkan bacaan yang bersesuaian.


keseluruhannya saya banggalah walaupun tkdelah cemerlang sangat tapi untuk usaha saya yang tak seberapa ni saya bangga kerana dia mampu menjadi yang terbaik dimata saya.


Setakat baca doa dan solat tak payah tegr dah. dah okay dah. Setiap solat dia dah tau solat apa. subuh ker, mangrib ker, isyak ker tak perlu dah just cakap kakak solat, dia taulah brapa rakaat...


Disekolah gurunya komen juga hani pemalu dan taknak berkawan dengan lelaki, tapi cepat faham dan cerdik. Kerja sekolah juga cepat siap, tak banyak cakap, jadi saya takde risau sangat cuma kena banyakkan dia bersosial kerana kemahiran sosial dia sangat kurang.



Dirumah juga saya dah ayah menjadi mangsa untuk teguran dia kalau salah dalam apa2 perbuatan, tak ikut adab contohnya...mesti dia jadi alarm untuk ingatkan kami...harapan saya dia akan berkembang dengan lebih baik dan menjadi anak solehah.


kalau kakak baca ni, ammie harap dan doa pada allah kakak jadi seorang anak yang soleh yang boleh mendoakan ammie di alam kubur dan moga dapat kejayaan didunia juga.


Bye~bye~jumpa lagi...

Friday, March 27, 2009

Hani yang baik

Assalamualaikum w.b.t


Kakak, sapa orang yang paling rapat dengan kakak, yang kakak kongsi semua rahsia...bla bla


Ayah!


Hmmm...ammie pun ayah jugak, takper, ammie ada rahsia nak cerita dengan ayah...


Eh..orang paling rapat dengan kakak ammie lah....bagitaulah apa rahsia ammie tu....


Tak nak...


Bagitaulah....


Taknak....




Bye~bye~jumpa lagi...