Melihat Hani dan ayah adalah seumpama melihat dua dunia yang berbeza... ayah dan Hani bezanya 47 tahun ~ hampir setengah abad! Hani baru nak memulakan perjalanan hidupnya sedang ayah berkira-kira hendak menghabiskan penghujung hidupnya...
Sentiasa ikram ayah ~ ambilkan tongkat ayah, ambilkan ubat ayah, ambilkan ayah air, ambilkan ayah itu dan ini....dan satu-satunya tempat yang setiap kali ayah ada dia boleh menemani ayah adalah ke suarau. Maka itulah setiap kali ayah hendak ke suarau dia tidak pernah mensia-siakan peluang bersama ayah...
Juga setaip amalm yang ayah ada tidak melepaskan peluang memeluk ayah seerat-eratnya umpama tidak akan berjumpa lagi. Setiap pagi keesokannya celik mata selepas baca doa soalannya adalah, "mana ayah?"...
Bye~bye~jumpa lagi...
2 comments:
baiknye hani ek...kecik2 dah pandai berdikari ye..
bagus hani, :)
Post a Comment